Tuesday, April 20, 2010

The Long Goodbye

Saya dah janji nak karang dalam BM kan? Jadi saya tulis dalam BM sekarang.


Baik tulis sekarang, nanti lupa. Dah la malas. Suka tangguh lagi. Aduhai.


2-3 hari ni sangat sibuk tak tahu la kenapa.

Hari Jumaat pegi cari kerja teringin nak jadi Barista padahal poket semakin kering jadi perlu plan B sebab tak nak susah mak dan bapak.

Hari Sabtu malam pegi tengok Konsert Akademi Fantasia dengan sepupu sebab dia nak belanja. Ikut saja lah sebab saya bukan selalu berlepak dengan saudara sendiri jarang-jarang sekali. Tak la hebat sangat konsert tu sebab bosan gila. Saya tak minat AF langsung, tapi sebab suka pegi tengok persembahan live, nak amik feel semata-mata.

Banyak pulak orang pelangi kat situ. Biasa la kot?

Hari Ahad rushing pegi jumpa Timbalan Setiausaha Dalam Negara Hal Ehwal Kebudayaan dan Pendidikan USA di The Ritz Residence. Orangnya kecik dan comey saja nama Ms Pally. Orang kuat Clinton. Kalau keluarga angkat di Oklahoma tahu mesti semacam mereka fikir sebab mereka orang kuat Parti Republikan. Tak apa lah, sebab ini untuk kepentingan alumni sendiri. Ms Pally pun cakap, alumni kami jadi model alumni dunia. Maknanya, lepas ni kena la lebih komited dan tak boleh main-main saja. Kena banyak buat aktiviti dengan lebih baik sebab jadi contoh alumni lain.

Hari Isnin makan malam di The Royale Chulan. Di layan hebat macam VIP sama dengan alumni program lain yang penah ke USA. Seronok dapat becakap, sebab bila saya bukak mulut banyak idea keluar. Kepala otak sentiasa berpusing pikir benda nak buat dalam komuniti. Contoh, hujung minggu ni ada Global Youth Service Day jadi kami pegi Rumah Anak Yatim buat Program Perkaya Bahasa Inggeris, lepas tu hari Ahad pegi Rumah Pelindungan Gadis Mengandung Bawah Umur derma pakaian.

Seronok tolong orang walau tak dapat untung atau duit. Yang penting orang lain dapat kebaikan. Ni semua kerja ramai-ramai dengan ahli alumni jugak.


Sayang sebab kat Bolehland orang ramai penting diri kalau benda tu tak bawak balik duit orang tak nak buat tapi saya seronok saja buat walau poket saya sentiasa kering.


Sekarang saya membujang balik. Awal-awal hari tu ada main-main cheenta sikit tapi tak menjadi. Entah la, mungkin saya tak pandai. Tak ada pengalaman.


Sebab tu saya suka buat aktiviti sukarela ni. Alih perhatian dari benda-benda yang menyakit hati.



Ha. Kan dah cakap saya tak pandai tulis dalam BM. Dulu masa kelas tuisyen saya cemerlang bila SPM haprak je dapat.


Mesti semua bosan baca. Tak paham sepatah harem saya tulis.


Harap maaf. Selamat malam semua.


10 comments: